Bismillahirrahmanirrahim....
Cuba
lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20
Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari
Jumaat.
Sama
dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada
tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.
Huru
hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur. Satu suara yang amat
dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut
akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal
hanya 1/3 shj. (Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang
dikenali planet X akan melintasi bumi )
Adakah
kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?
Adakah
peristiwa itu akn berlaku pada 2012??
Hanya
ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa
agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita
mati dlm Islam dan beriman..
Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut
hadis Nabi Muhammad SAW di bawah..
Dari
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
“Bila
telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...".
Kami
bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "
Baginda
menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat,
akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang
berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat
di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh
pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah
pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubang nya, dan selimutilah diri kalian,
sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka
bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus,
Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan
hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan
binasa". (Al Hadis)
tidak benar. nasa menggunakan psikology takut untuk meninggikan stress. rekod terkini di jepun, setiap hari ada orang mati bukan kerana jantung atau hiv tetapi membunuh diri. haarp technology pula meninggikan suhu alam supaya sesetengah spesies burung, ikan , lebah dan tumbuhan akan pupus. apabila demand melebehi supply, harga barang keperluan akan meningkat mendadak, keuntungan pihak kapitalis akan memuncak. kiamat hanya berlaku apabila kaabah dan orang islam tidak wujud di planet ini.
ReplyDeletewallahuaklambissawab.