Sunday, 5 February 2012

SUATU ZAMAN : MANUSIA LEBIH SUKA MATI

Hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan dimana pada suatu zaman nanti orang-orang lebih suka dia dimatikan, kerana keadaan yang wujud ketika itu.

Rasulullah s.a.w. juga disebutkan ada bersabda tentang bersegeralah kepada kematian dikeranakan ada bebarapa sebab diantaranya.
“Kekuasaan dipegang oleh orang-orang bodoh.”
Maksudnya, pemegang kuasa agama diambil atau dilantik dari kalangan orang-orang yang bukan ahlinya.
Quran dijadikan sebagai nyanyian oleh sekolompok manusia iaitu merika menampilkan seseorang untuk “menyanyikan” Al-Quran bagi merika.
Kemudian disebutkan juga tentang Al-Quran dilagu-lagukan, bukan untukdifahami dan diamalkan.

Abu Abbas berkata: “tidakkah anda mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Bersegeralah kalian pada kematian kerana enam perkara:”

Kekuasaan dipegang orang-orang bodoh.
Kerana banyaknya sekatan.
Kerana diperjual belikan hukum.
Kerana diremehkannya darah (pembunuhan).
Kerana diputuskannya silaturahim.
Kerana dijadikannya Al-Quran sebagai seruling oleh sekolompok manusia.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak sepatutnya salah seorang diantara kalian mengharapkan kematian, kecuali jika dia benar-benar yakin akan amalnya dan jika kelian mengetahui enam perkara dalam Islam, bolehlah kalian berharap akan kematian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...