Bismillahirrahmanirrahim..
Walausiapapun kita pada masa lalu, usahlah dikenang lagi.. Biarpun sesetengah pihak mengatakan "kenangan masa lalu mengajar kita erti hidup", waima orang sekeliling juga mengatakan perkara yang sama.
Tetapi, haruslah kita ingat dan waspada.. sekali kita sudah jatuh ke lembah hina, kemungkinan untuk keluar daripada itu sangatlah sukar. Hanya dengan kesungguhan usaha, tawakal dan istiqamah dalam mencari keredhaan Allah menjadi titik tolak bagi kita supaya menjadi mukmin dan mukminat yang sejati disisi Allah swt.
Oleh yang demikian, perubahan demi perubahan boleh kita kecapi daripada kebersediaan kita untuk menempuh realiti hidup yang penuh dengan liku dan cabaran yang besar mahupun sekecil zarah. Istiqamah lah dalam melakukan ibadah. Dengan izin Allah, kita akan menjadi hambaNya yang paling beruntung pabila Kiamat menjelma kelak.
Jangan takut untuk berubah kepada kebaikan! Tinggalkan segala keburukan diri pada masa lalu. Usah dikenang kisah lalu, tetapi jadikan kenangan lalu itu sebagai pengajaran hidup. Belajar menjadi muslim dan muslimah yang bersungguh-sungguh mencari redha Allah.Bersedialah untuk menghadapi hari esok dengan istikharah, solat hajat, dan sebagainya supaya kita tidak tersasar dari jalan Allah.
Pohonlah rezeki daripada Allah, kerana tiap-tiap rezeki itu datangnya daripada Allah. Tunaikan sunat Isyraq serta Dhuha sebagai penyokong kuat untuk mendapatkan rezeki yang halal dan penuh dengan keberkatanNya. Jangan lupa untuk memohon kepada Allah kerana Dia sangat-sangat menyukai hamba yang sentiasa memohon pertolongan daripadaNya.
Wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment