ASSALAMUALAIKUM..
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI :
Semalam
~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah
hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita
pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas
Naik.
Nafas Turun.
Hargailah
Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah
pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah
dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan
dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup
dalam keredhaan ALLAH.
Hidup dalam kemurkaan ALLAH.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal
di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah
kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan
kita kepada rukun IMAN.
Rukun
Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah
ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh
fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan
puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar untuk
dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki
kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja
melalaikan solat, umpama
mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana
surat itu akan sampai pada
penerimanya lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2
penyelesaian dalam kes ini :
Dia
mungkin didenda atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya
bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita. Sekurang-kurangnya
ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap
detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga
dalam keadaan kita redha dan
ALLAH meredhai.
Semoga
kita semua berbahagia dan sejahtera sentiasa di
dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALLAH s.w.t.
No comments:
Post a Comment