Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang
tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini
menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi
sekarang.
Apa Itu Ber’couple’?
Ber’couple’
merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat
remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati.
Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila
rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas
nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua
insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan
mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih
ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat
study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand
made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti
peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri
pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih
intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau
diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka
tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’.
Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan
sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan
tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada
pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup
bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar
bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang
boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan
hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan
perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa?
Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi
di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka
sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian
cinta mereka itu.
Sebagai seorang
muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada
manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan
iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar
kita Nabi Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang
berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan
perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak
dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36)
ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari
diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49)
ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di
antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu,
ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan
dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak
larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan
bermula dari mata. Firman Allah,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah
telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang
perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta
wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam
sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur
ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran &
Sunnah tingkatan 5 di sekolah-sekolah yang mengambil aliran agama. Para pelajar
tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas
Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling
berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan
hawa nafsu.
Dalil yang lebih
kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat
32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina
itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai
yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami
berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai
1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini,
Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’
(jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini
menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin
ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh,
jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah
dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan
menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah
dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi
Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan
jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda
:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak
Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah
memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi
S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak
mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga,
zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki,
zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan)
hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4
orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim,
hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Daripada dua
hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila
kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina
mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis
serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada
kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan
suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah
menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah,
apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya,
ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap
berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak
mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan,
percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan
sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah
HARAM.
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum
terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah
percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini
setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak
dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula
berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan
perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya
kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi
mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja
yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius,
diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan
selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita,
keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman
percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang
baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk
perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman
hidupnya. Firman Allah,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.
Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang
baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan
berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih
jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah
keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya
sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin
pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya
baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana
syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah,
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah
Al-‘ankabut(29), ayat 38.
Sebenarnya,
dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat,
sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri
perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.
Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar
perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar
yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu
yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan
tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan
dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan
tempat berbincang masalah.
Perasaan suka
dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki
untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang
lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana
ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya
apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya
dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa
sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.
Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang
telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan
Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan
Rasul. Na’uzubillah..
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22,
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar
(perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang
(munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak
mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar
dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).
Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah
mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita
tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam
seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang
banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak
mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan
apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat
itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di
hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun
apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan
sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang
besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada
ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya
ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang
lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan
rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan
rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian
dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan
perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau
kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah
menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).
Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151.
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah
perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah
sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat
oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah
Aj-Jaatsiah(45) ayat 23,
”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya
dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan
atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat
ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman
dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,
”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi
ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina.
Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.
Wallahua’lam..