Wednesday, 16 January 2013

Cinta Dalam Islam. Adakah Kaum Muda Memahami?



Mrnabil Nvm —  10/01/2013 — Leave a comment
Cinta Dalam Islam
Cinta Dalam Islam. Andakah anda semua faham apa itu cinta di dalam islam?
Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada zaman ini. Dengan kemudahan teknologi perhubungan, hampir mustahil pemuda dizaman ini tidak bercinta, walaupun sekurang – kurangnya hanya dengan ber-sms.
Kali ini tajuk yang ingin dibincangkan adalah mengenai cinta di dalam Islam. Adakah kita, kaum muda memahami cinta yang dianjurkan di dalam Islam?

Cinta Dalam Islam

Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan. Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.
Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah. Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.
Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya. Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin. Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan merupakan kes yang biasa mendera kaum muda. Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka  hilang dalam perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang. Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk  mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar.
Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun. Kita  seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan Allah. Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka. Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian. Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.

Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?

Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan. Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, Kamu cantik sekali hari ini. Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”. Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.
Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari. Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.
Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya. Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.
“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.

Sunday, 13 January 2013

Benarkah Besi Berasal Dari Langit?


Benarkah Besi Berasal Dari Langit?


Besi adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3).
Besi adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:
“…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…
“Surah Al-Hadiid ayat 25
Namun, terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23 tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal dari angkasa lepas dan “DITURUNKAN” ke dunia ini sesuai dengan surah tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam, semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah kurniakan pada kita.
Baiklah, untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu letupan besar yang dinamakan “BIG BANG”. Letupan yang maha hebat itu mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:
Dan apaka orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah “SUATU YANG PADU”, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30
Kemudian, setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan, matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta. Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di cakerawala yang dipanggil “NEBULA”. Nebula adalah kumpulan debu dan gas di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam Al-Quran:
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu “MASIH MERUPAKAN ASAP”
Surah Al-Fushshiilat ayat 11
Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini. Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi kepada 2 iaitu:
Teras Luar:
* kedalaman 2900 – 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 – 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu
Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 – 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 – 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu
Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.
Disini timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan besi didalam perut bumi? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.
Kesimpulannya adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk, sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali pada hari ini. Wallahua’lam..

Wednesday, 9 January 2013

Berniat menentang Islam tetapi akhirnya memeluk Islam




Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam!

Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan “bahkan” berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, ini kisahnya:

My name is Ibrahim Killington. Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-senang semata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,-Salah satu video terbaik-memberikan bukti, “Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan” orang dalam “sendiri).

Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa “Pelancong” (salah pengucapan = orang yang melancong / Berliburan ke suatu tempat) telah menyatakan perang terhadap Amerika .. kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.

Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang “yang diperangi ini” adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di “bombardment” (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.

Mencari Islam

Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu “percaya” dan “mengikuti” Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal “evil things” (hal-hal jahat) yang “mereka katakan” tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan ‘ketika itu pun’ saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan ..

Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.
Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam “Islam channel” Inggeris).

Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang “mereka” tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar.

Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah “Buku Pegangan pengganas,” dalam gemgaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), “.. it hit me immediately”, itu menghentam saya, .. dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya.; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan “Saya sedang berada di masjid! …”

Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, “Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid.”

Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam “war on terror”). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.

Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.

Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...