Saturday, 17 November 2012

Save Gava!




Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006.

Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran ‘entiti musuh’ yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.
Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan
HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu
Mazein).

Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.
Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan.
Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza.
Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.


Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain
terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka
Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah.
Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus “diratah” oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.
Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti.


Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta
tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka.

Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.
Aman Palestin Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 adalah badan yang memberikan fokus dan penumpuan kepada isu yang berlaku di Palestin. Untuk itu pelbagai projek yang telah dan akan dilakukan oleh Aman Palestin untuk menjamin rakyat Palestin terus mendapat hak-haknya sebagai seorang manusia biasa. Aman Palestin telah bekerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti penerangan sambil mengumpulkan dana untuk disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui projek-projek yang dirancang.
Aman Palestin juga bekerjasama dengan pihak media dan penerbitan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 3, RTM dan TV 9 dengan matlamat mengumpulkan dana bagi membantu pelarian Palestin yang sedang menghuni kem-kem pelarian di Lubnan dan Syria serta rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Semoga usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menjadi amal kebajikan yang memberi kemurahan rezeki yang berpanjangan. Selamatkan Gaza!.

Wednesday, 14 November 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434H



assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog MASSA... disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharam dan maal hijrah khususnya kepada pengunjung blog MASSA yang beragama Islam... marilah kita membaca doa akhir dan awal tahun... semoga tahun baru Islam yang baru menyinsing fajarnya diberkati oleh Allah... insyaallah...

disini saya ingin mengajak anda semua menelusuri kembali sirah penghijrahan Baginda s.a.w. dan umat Islam muhajirin dari kota Makkah Al-Mukarramah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan semangat ukhwah yang cukup kental yang terbina di antara kaum ansar dan muhajirin... semoga umat Islam dapat menghayati dan mencontohi sifat ukhwah tersebut... insyaallah...

Saturday, 3 November 2012

Asal Usul api di dunia, Jibrail A.S. Mengambil Api dari Neraka





Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam ASdihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...