Sunday, 2 December 2012

Palestin Terus Dapat Sokongan Untuk Merdeka. Amerika Semakin Tertekan!! Israel Pitam!!


palestin Palestin Terus Dapat Sokongan Untuk Merdeka. Amerika Semakin Tertekan!! Israel Pitam!!
Kalau satu dunia bersatu terutamanya negara-negara Islam…Israel tidak akan naik lemak punya…Penceroboh negara yang ditakuti kebanyakan negara dunia ketika ini. Sehinggakan kalau anda nak cari negara polis dunia seperti Amerika pun, tiada tempat lain yang boleh anda jumpa selain di “tapak kaki Israel”. Cukup berpengaruh dalam segala perkara dan bidang.
Selagi tiada tindakan berani daripada pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara Islam di dunia & tidak bersatu, hanya megah pada nama sahaja selagi itulah tindakan kejam & angkuh Israel akan terus dilihat seperti “dihalalkan” oleh masyarakat dunia dalam keadaan “terpaksa”. Kalau kutuk pun elihatan pada masa itu sahaja, yang mana akhirnya nanti akan kembali sunyi sepi seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku….
palestin2 Palestin Terus Dapat Sokongan Untuk Merdeka. Amerika Semakin Tertekan!! Israel Pitam!!
‘ISRAEL’ bukan negara tetapi umpama penyakit/virus/parasit yang berjangkit denagan nama saintifiknya ‘Zionism’. Seperti raksasa yang muncul di tanah suci Baitulmaqdis. Holocaust terbukti senjata ideologi terhebat sehingga Israel dianggap sebagai “Negara Korban” dan kebal dari segala kritik meskipun mereka memiliki bom nuklear dan sering melakukan pencerobohan, penindasan & jenayah.
Ya…Bukan semua Yahudi daripada Bani Israel, bukan semua yahudi mengamalkan Taurat. Yahudi celup yang banyak dapat “nobel price”. Walaubagaimanapun, Yahudi tetap Yahudi. Yahudi dengan Islam adalah 2 entiti yang berasingan. Ibarat air dengan minyak yang tak bercampur. Kecuali memilih antara satu di antara kedua-duanya.
  • “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik ….” [Al-Ma’idah : 82]
  • “Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka …” [Al-Baqarah : 120]
  • Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu” [An-Nisa : 101]
palestin4 Palestin Terus Dapat Sokongan Untuk Merdeka. Amerika Semakin Tertekan!! Israel Pitam!!
Kenapa kami tiba-tiba bangkitkan isu penceroboh seperti Israel ini? Nah….ini isunya…..kalau 2 minggu sebelum ini Israel dan Amerika menentang keras dengan terus menunjukkan sikap angkuh mereka kononnya merekalah yang berkuasa……semua kena ikut cakap mereka.
TEL AVIV – Rejim Israel sekali lagi menunjukkan sikap biadap dan angkuh mereka kepada dunia apabila Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman baru-baru ini mengugut kesan buruk akan berlaku jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai negara anggota penuh.
Lieberman mengeluarkan kenyataan kasar itu selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menghantar borang permohonan kepada badan dunia itu semasa Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu.
Sebelum ini, Lieberman pernah mencadangkan Israel memutuskan hubungan dua hala dengan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Abbas yang memerintah sebahagian kecil Tebing Barat, jika Palestin berjaya mendapatkan pengiktirafan dunia tanpa berunding dengan Israel.
Sekutu utama rejim Zionis, AS menegaskan akan menghalang permohonan Palestin menggunakan kuasa veto, bermakna harapan Palestin untuk mendapat keanggotaan penuh di PBB tidak akan menjadi kenyataan. Namun Israel tetap bimbang Palestin akan mendapat sokongan majoriti di Perhimpunan Agung PBB dan diiktiraf sebagai negara merdeka bukan anggota walaupun selepas Washington mematahkan percubaan Palestin itu menggunakan kuasanya di Majlis Keselamatan.
“Jika permohonan Palestin itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, dan apa sahaja tindakan yang diambil tanpa persetujuan Israel akan menyebabkan tindak balas tegas,” katanya semasa wawancara dengan Radio Israel.
Rejim Zionis dan AS menuntut pembentukan negara merdeka Palestin dicapai melalui rundingan damai dengan Israel namun setakat ini, semua rundingan sejak 20 tahun lalu tidak membawa sebarang kesan disebabkan kedegilan Israel yang terus membina penempatan haram Yahudi di tanah Palestin. Sementara itu, Abbas, kelmarin, sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya membincangkan permohonan Palestin itu secepat mungkin dan memberi keputusan segera.
Palestin sebelum ini menghadapi cabaran getir bagi memperoleh sembilan undi yang masih diperlukan untuk kelulusan. Tanpa undi minimum tersebut dalam badan yang terdiri daripada 15 anggota itu, Amerika Syarikat (AS) akan terlepas daripada keperluan untuk menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan Palestin. Pada ketika ini, US memang sudah menggunakan kuasa veto. Tetapi, ianya boleh dihalang dengan undian daripada 9 ahli security council, termasuk tiga anggota bukan tetap.
Kalau sebelum ini ramai menjangka Palestin hanya dapat memastikan enam undi sokongan dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan. Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum mendedahkan sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin.
Jika pengundian menunjukkan Palestin tidak mendapat cukup undi yang diperlukan dan AS tidak perlu menggunakan kuasa vetonya. Lazimnya Majlis Keselamatan tidak mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB kerana pada Julai 2011 sebelum ini pun, permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan.
Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin.
Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.
palestin6 Palestin Terus Dapat Sokongan Untuk Merdeka. Amerika Semakin Tertekan!! Israel Pitam!!
Jadi perlukah masyarakat Islam terutama warga asal Palestin mengharapkan belas ehsan dari US dan Israel untuk mengwujudkan negara Palestin yang merdeka ? Majoriti penduduk kedua-duanya dan pemimpin nombor satu beragama Nasrani. Dalam pada masa yang sama mereka masih lagi terbayang-bayang kekalahan tentera Keristian pada tentera Islamdalam Perang Salib. Yahudi musuh utama Islam akan berbuat apa-apa sahaja asalkan menang dan berkuasa . Seolah-oleh dunia ini mereka yang punya. Walaubagaimanapun, ada sedikit berita gembira ketika ini :
Palestinians have 8 votes in Security Council
RAMALLAH: The Palestinians have secured eight Security Council yes votes for their UN membership bid, just one short of the nine they need, the Palestinian foreign minister said on Thursday. Speaking to reporters in Ramallah, Riyad Al-Malki said he had received assurances from two additional nations — Nigeria and Gabon — that they would vote in favor of the Palestinian bid for full state membership at the UN.
“We have eight states that will vote for Palestine in the Security Council,” he said. “We are working hard to have a ninth and a tenth.”
Al-Malki said the Palestinians have assurances of “yes” votes from Lebanon, Russia, China, India, South Africa and Brazil, in addition to the new confirmations from Nigeria and Gabon.
“We are working on Bosnia, Colombia and Portugal,” he added, saying he was scheduled to visit Bosnia shortly, and Palestinian president Mahmud Abbas will make stops in Colombia, Portugal, Honduras and the Dominican Republic in October. Abbas will also deliver an address in Strasbourg on Oct. 6, he said.
The Palestinians need to secure at least nine Security Council votes in favor of their membership bid for it to be approved and advanced to the General Assembly. Even with the requisite nine votes, the United States has pledged to use its veto to block the request, but the Palestinians hope they can at least claim a diplomatic victory by securing a majority in the Security Council.
Meanwhile, thousands of employees at UN schools in Gaza are striking to protest the suspension of their chairman for political activities apparently linked to Hamas. Thursday’s strike closed the UN’s 238 schools in Gaza, affecting more than 220,000 students. It’s the latest flare-up between the United Nations, which runs many Gaza schools and clinics, and the militant group Hamas, which rules the territory.
The UN Relief and Works Agency, which assists Gaza refugees, suspended union chairman Suhail Al-Hindi from his job as a teacher for three months this wee, citing unspecified political activities. Union officials say the strike could be extended to UN clinics if Al-Hindi is not reinstated soon.
palestin7 Palestin Terus Dapat Sokongan Untuk Merdeka. Amerika Semakin Tertekan!! Israel Pitam!!
Okey setakat ini, negara-negara yang sudah memberikan jaminan untuk memberikan undi kepada Palestin adalah :
1) Nigeria
Nigeria adalah antara kuasa ekonomi utama Afrika selain Afrika Selatan dan Mesir. Dengan separuh populasinya merupakan orang Islam, sentimen agama dilihat menjadi sebahagian daripada faktor keputusan Nigeria menyokong kemerdekaan bagi Palestin. Mungkin..
2) Gabon
Hubungan Gabon dan Israel kmai lihat tidak begitu jelas dan tidak menampakkan mereka akan menyokong atau membantah Israel. Ditambah lagi Gabon menyuarakan akan berkecuali daripada mengundi tentang isu ini. Pada awalnya kami merasakan Gabon tidak akan mengundi. Maka tiada undi untuk kemerdekaan Palestin tetapi jaminan yang diberikan Gabon kepada Palestin kelak, membuatkan kami sebagai rakyat Malaysia hargai keputusan mereka
3) Lebanon
Lebanon mempunyai sejarah yang kurang enak dengan Israel. Pasti anda masih ingat dahulu tahun 2006 mereka pernah diserang oleh Israel di Beirut? Mereka juga sering diinvasi oleh Israel dan menjadi tempat pengintipan terhadap Israel. Kemungkinan besar ini antra sebab Lebanon menyokong kemerdekaan Palestin.
4) Russia
Russia mempunyai sejarah komunisme yang kuat. Sebagai kuasa Soviet suatu ketika dahulu, mereka mempunyai sejarah yang tidak baik dengan orang Yahudi. Ditambah pula Russia baru-baru ini menyuarakan pendirian terbuka menyokong Palestin. Boleh semak link ini, http://rt.com/politics/russia-palestinians-israel-state-united-nations-387/. Kemungkinan besar Russia akan menyokong kemerdekaan Palestin. Walaupun Rusia memang berfahaman komunis secara politik tetapi majoriti mereka ialah Russian Orthodox (satu mazhab Kristian paling konservatif) dan  pada masa yang sama mereka menyokong kemerdekaan Palestin.
5) China
Surprise juga kami. Sebab sebelum ini kami merasakan China akan fikir dari segi ekonomi sebelum menentukan keputusan bagi undi mereka. Faktanya US menghalang kerana Israel sekutu kuatnya, dan kita tahu China banyak bergantung kepada US dari segi ekonomi. Sekiranya China mengambil kira soal ekonomi, pasti mereka akan menentang pembentukan Palestin. Tambahan pula, mereka ada isu dalaman dengan Tibet dan Uyghur yang menuntut kemerdekaan. Menyokong Palestin bermaksud menyokong kemerdekaan. Kemungkinan besar China akan membantah kemerdekaan Palestin. Tetapi akhirnya dilihat sekarang China telah memberikan jaminan untuk mengundi kemerdekaan Palestin. Yang pastinya, China tidak akan menggunakan kuasa veto untuk menentang pengundian ini.
6) India
India merupakan sekutu kuat Israel di Asia. Mereka mengimport banyak senjata daripada Israel, dalam kata lain, mempunyai hubungan ekonomi yang kuat dengan Israel. Jika diambil kira dari sudut ekonomi dan hubungan diplomatik, India pasti akan menyebelahi Israel. Namun begitu, India mempunyai populasi Muslim yang signifikan. Sebarang tindakan membantah kemerdekaan Palestin akan membuatkan negara mereka huru-hara, tambahan pula India harus mengambil kira sentimen penduduk Kashmeer yang beragama Islam. Jadi mungkin ini antara sebab jaminan undi diberikan kepada Palestin. Keputusan ini juga dilihat agak memeranjatkan kami jika ianya menjadi realiti terutamanya keputusan sebesar ini bagi negara kuasa besar seperti India.
7) Afrika Selatan
Sama seperti Brazil, Afrika Selatan sering menjadi orang tengah. Populasi orang putih Afrika Selatan suatu ketika dahulu yang mengamalkan apertheid juga memihak lebih kepada Israel, termasuk dalam pemerdagangan senjata nuklear. Tetapi Israel juga antara negara yang lantang mengutuk dasar apertheid Afrika Selatan. Populasi orang hitam di Afrika Selatan kebanyakannya tidak menyenangi tindakan Israel yang melakukan kekerasan terhadap Palestin. Hubungan ini bertambah retak bila Afrika Selatan memanggil semula wakil kedutaannya di Israel kerana isu flotila. Kemungkinan besar Afrika Selatan akan menyokong kemerdekaan Palestin seperti jaminan mereka lakukan baru-baru ini.
8) Brazil
Brazil merupakan neutralist dalam konflik Israel-Palestin. Ia juga sering memainkan peranan dalam rundingan damai Israel-Palestin. Memandangkan Brazil antara kuasa ekonomi utama dunia, sebarang keputusan tentang konflik Israel-Palestin (atau dalam kes ini, kemerdekaan Palestin) akan memberi impak terhadap hubungan ekonomi dan politik Brazil kepada Israel. Dari segi demografi, terdapat populasi signifikan Yahudi di Brazil. Tetapi, ia masih dilihat faktor kecil untuk menidakkan keputusan Brazil memberikan jaminan undi kepada Palestin.
Rasa-rasanya Palestin boleh menang tak? Jaminan ketika ini yang diberikan adalah sebanyak 8 undi. Tinggal satu undi lagi……
P/S : Sepatutnya berita-berita di Malaysia jangan sebut Israel sebagai sebuah  tetapi penceroboh. Israel tiada hak untuk diiktiraf sebegitu rupa…
PP/S : Adakah anda merasakan Palestin akan mendapat kemerdekaan seperti yang mereka impikan selama ini daripada  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara yang dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB?

Saturday, 17 November 2012

Save Gava!




Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006.

Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran ‘entiti musuh’ yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.
Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan
HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu
Mazein).

Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.
Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan.
Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza.
Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.


Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain
terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka
Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah.
Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus “diratah” oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.
Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti.


Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta
tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka.

Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.
Aman Palestin Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 adalah badan yang memberikan fokus dan penumpuan kepada isu yang berlaku di Palestin. Untuk itu pelbagai projek yang telah dan akan dilakukan oleh Aman Palestin untuk menjamin rakyat Palestin terus mendapat hak-haknya sebagai seorang manusia biasa. Aman Palestin telah bekerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti penerangan sambil mengumpulkan dana untuk disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui projek-projek yang dirancang.
Aman Palestin juga bekerjasama dengan pihak media dan penerbitan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 3, RTM dan TV 9 dengan matlamat mengumpulkan dana bagi membantu pelarian Palestin yang sedang menghuni kem-kem pelarian di Lubnan dan Syria serta rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Semoga usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menjadi amal kebajikan yang memberi kemurahan rezeki yang berpanjangan. Selamatkan Gaza!.

Wednesday, 14 November 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434H



assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog MASSA... disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharam dan maal hijrah khususnya kepada pengunjung blog MASSA yang beragama Islam... marilah kita membaca doa akhir dan awal tahun... semoga tahun baru Islam yang baru menyinsing fajarnya diberkati oleh Allah... insyaallah...

disini saya ingin mengajak anda semua menelusuri kembali sirah penghijrahan Baginda s.a.w. dan umat Islam muhajirin dari kota Makkah Al-Mukarramah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan semangat ukhwah yang cukup kental yang terbina di antara kaum ansar dan muhajirin... semoga umat Islam dapat menghayati dan mencontohi sifat ukhwah tersebut... insyaallah...

Saturday, 3 November 2012

Asal Usul api di dunia, Jibrail A.S. Mengambil Api dari Neraka





Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam ASdihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Monday, 29 October 2012

Kami Rindu Baginda


Rindu Rasululluah Kepada Umatnya, 
Umatnya Yang Berada Pada Akhir Zaman



Assalamualaikum..
All praises to Allah,
Praise be to Allah, who created the heavens and the earth, the Lord of the worlds....

Dengan segala kerendahan diri, puji serta syukur kita hanya teruntuk Tuhan yang satu, Tuhan Yang Agung, Tiada Tuhan Selain-Nya, Allah swt. serta shalawat dan salam semoga selalu dilimpahkan kepada junjungan kita, suri tauladan kita, ya Habiballah Nabi Muhammad saw. Beserta keluarga, sahabat dan pengikut-pengikutnya hingga akhir zaman. 

(Entry ini akan berada pada entry pertama blog ini sehingga 3 November 2012. Kepada rakan followers dan rakan pembaca, sila skrol ke bawah bagi membaca artikel terkini blog ini)

Sungguh betapa indah dan betapa beruntungnya umat Nabi saw. yang hidup di masa beliau hidup, umat yang ikut setiap jejak langkah beliau berjuang fi sabilillah di bawah panji la ilaha ilallah. Namun sebenarnya kita lebih baik karena kita umat Nabi SAW.

Pernahkah kita terfikir, bahawa Nabi Muhammad SAW, sangat merindui umatnya yang hidup pada akhir zaman?

Saudaraku, kita yang hidup di masa beliau telah tiada berabad-abad lalu. Seribu tahun lebih, Nabi Muhammad SAW pergi meninggalkan kita. Tetapi kita selalu mencintai dan merindukan Rasulullah SAW. 

Seharusnyalah bila kita mengaku mencintai dan merindukan Nabi Muhammad SAW, maka ikutilah sunnah- sunnah Nabi Muhammad SAW, tetapi tetap dahulukanlah yang wajib. Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan puas, tidak akan bahagia, tidak akan senang jikalau seorang dari umat beliau masih berada dalam neraka.

Saudaraku, mari kita ikuti sirah Rasulluah SAW, Yang sangat rindukan umat nya yang hidup pada akhir zaman...

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. 

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.  

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.



"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. "

"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Allah SWT. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. 
Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. 
Pengorbanan dan kesungguhan 
untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, 
diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.


Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.


Wahai Rasulullah saw. betapa indahnya dirimu, engkau suri tauladan yang baik. 
Wahai Rasulullah engkau adalah sebaik-baik ciptaan yang diciptakan oleh Allah SWT.
Wahai Rasulullah SAW, betapa dinantikannya dirimu, 
hingga para Nabi sebelummu pun ingin menjadi umatmu.

Wahai Rasulullah saw betapa dicintainya engkau, hinga saat engkau wafat tiada yang percaya bahkan sahabat `Umar berkata: “Tak seorangpun yang kudengar menyebut Rasulullah SAW. wafat, melainkan ia akan kupancung dengan pedangku ini!”

Wahai Rasulullah saw. sungguh diri ini, ruh ini dan seluruh umatmu umat muslim mencintai dan merindukanmu, maka berilah syafa’at kepada kami dihari akhirat nanti agar kami dapat berkumpul dengan engkau di sYurga Allah SWT

Sungguh tiada kesenangan yang melebihi kesenangan
disaat terlantunkan kalimat-kalimat Al-Qur’an.
Sungguh tiada kebahagiaan yang melebihi kebahagiaan disaat teringat akan kabar gembira yang dijanjikan Allah SWT dalam setiap ayat Qur’an. 
Sungguh tiada kesedihan melebihi kesedihan disaat terbaca kalimallah yang mengabarkan tentang kepedihan yang akan Allah SWT berikan kepada orang-orang yang lalai.


Sungguh tiada ketakutan yang melebihi ketakutan akan azab Allah SWT yang pedih.
Dan sungguh tiada ketenangan dan kedamaian yang tercipta layaknya saat terlantunkan lisan dan hati ini mengucap LA ILAHA ILALLAH MUHAMMADURRASULULLAH.
Marilah kita berselawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w...

BEBERAPA KEMUSYKILAN BERKAITAN IBADAT HAJI

ALHAMDULILLAH


Sebenarnya apabila diperbincangan tentang masalah-masalah yang sering dihadapi kepada jemaah haji, pelbagai pendapat timbul yang akhirnya setelah diperdebatkan dan melalui muzakarah yang pasti berpandukan empat imam besar dan serta rujukan utama tentulah kitab suci Al-Quran dan Al-Sunnah, pasti satu jawapan kepada permasalahan tersebut dapat dirungkai kerana Islam adalah agama yang tidak menyukarkan umatnya sebenarnya selagi keputusannya berpegang kepada asas-asasnya .

Antara permasalahan yang kerap timbul :


  1. Seorang jemaah haji yang terbatal atau luputnya wuduknya ketika ia melakukan tawaf yang mana berwuduk adalah salah satu syarat sah tawaf ,maka ia perlu mengangkat semula wuduk dan boleh menyambung semula tawafnya tanpa perlu mengulanginya dari kiraan satu (1) semula , tetapi seelok-eloknya bermulalah semula dipenjuru Hajarul Aswad. Jadi bagi jemaah yang tidak mendalami ilmu tersebut sebagai contoh dah enam (6) pusingan, tentu yang beranggapan kena mula semula tawafnya dari pusingan pertama (1) semula. 
  2. Pandangan Imam Syafie pula (Pandangan Marjuh) dalam permasalahan batal wuduk apabila berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan semasa melakukan tawaf dan dalam keadaan mashaqqah ( kepayahan atau kesusahan) dengan syarat persentuhan itu tanpa syahwat, maka tidak terbatalah wuduknya . 
  3. Para ulama Mazhab Shafie berpendapat bahawa mereka yang mempunyai keuzuran, hajat dan menghadapi masalah sebagai termasuk dalam golongan al-Ma'zurin . Yang demikian jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat khemah mabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan tersebut dan tidak dikenakan dam dan ibadat haji mereka sah dan tidak berdosa kerana mereka termasuk dalam golongan al-Ma'zurin.
  4. Jemaah haji yang uzur (sakit) yang tidak dapat melontar dengan sendiri boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melontar bagi pihaknya. 

Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya aidiladha...

Assalamualaikum .

kehidupan adalah sebuah perjalananan . insan yang cemerlang meletakkan dunia di sisi . dan akhirat di hadapan . kejayaan semanis madu memerlukan pergorbanan sepahit hempedu .

Saya dan Ahli-ahli  MASSA ingin mengucapkan .

."selamat hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam" .




“Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” (HR. At Tirmidzi)

sekian . 

Thursday, 25 October 2012

Kaedah Sembelihan Menurut Islam


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Konsep sembelihan dalam Islam atau Zabiha telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.
Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.
.
Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.
.
Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.”   (Surah Al-Maidah: 3)
.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman“Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”.   (Surah Al-Maidah: 4)
.
.
A.    Rukun Sembelihan
Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B.    Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih
a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya”  (Surah al-An’aam, ayat 118).
.
.
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan
a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.
Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu:“Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.”  (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
.
.
4) Tempat Sembelihan
Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
.
a)  Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.
Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)
.
b)  Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.
.
Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis uratiaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.
.
.

GAMBARAJAH LEHER HAIWAN

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.
.
Keratan rentas leher binatang sembelihan.
Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.
.
.
Gambarajah dalaman leher seekor ayam.
.
.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.

Gambarajah dalaman leher seekor lembu
.
.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.
C.  Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. 
.
.
D.  Sunat Sembelihan
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
 .
.
E.  Makruh Sembelihan
  1. Menggunakan alat yang tumpul
  2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
  3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
  4. Tidak menyebut nama Allah
  5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
  6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.
Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut.
.
.
F.  Cara Penyembelihan.
Disyaratkan penyembelihan itu:
1.  Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
2.  Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3.  Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
4.  Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
.
Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.”  (Surah Al-Nahl: 115)
.
.
G. Hikmah Sembelihan
1.  Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
2.  Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3.  Memastikan daging bersih dan bermutu.
4.  Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5.  Membezakan antara daging halal dan haram.
6.  Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
.
Wallahua’lam bish showab
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...